PROFIL SEKOLAH






Maklumat Asas

Nama Sekolah: SMK TANJUNG PAUH (KEA4063)
Alamat: Jalan Jitra, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman
Tel / Fax: 04 91 777 20 / 9170 609
Email: smktp.ppdkp@gmail.com
Pengetua: En. Ali Bin Awang Kechik
Sesi: Pagi dan Petang
Bilangan Guru: 70 orang
Staf Bukan Guru: 15 orang
Bilangan Pelajar : 627 orang

JPN: Kedah
PPD: Kubang Pasu
PKG: Hosba
Mukim: Naga
PBT: Majlis Daerah Kubang Pasu
DUN: Jitra
PARLIMEN: Kubang Pasu


Visi SMK TANJUNG PAUH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


Misi SMK TANJUNG PAUH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


Tagline SMK TANJUNG PAUH


Sekolah Kita Maruah Kita


Matlamat SMK TANJUNG PAUH


Melahirkan Bangsa Yang Berilmu, Beriman, Berakhlak Mulia, Berketrampilan, Taat Setia, Bersatu Padu dan Sejahtera Bagi Memenuhi Keperluan dan Kehendak Negara.

Piagam Pelanggan

Bahawasanya kami seluruh keluarga SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG PAUH dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga, komitmen dan usaha kami bagi menjayakan perkara-perkara berikut:


  1. Mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, ketrampilan, akhlak mulia, tanggungjawab dan bersatu padu dalam kalangan pelajar sesuai dengan aspirasi negara.
  2. Memberi peluang pembelajaran yang adil dan saksama kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang keluarga, agama, bangsa serta sentiasa mengutamakan kebajikan mereka pada setiap masa.
  3. Memupuk dab mempertingkat prestasi pelajar  dalam bidang akademik, kokurikulum dan disiplin ke arah kecemerlangan pelajar, seiring dengan harapan dan cita-cita para waris.
  4. Membina budaya kerja sihat, berkualiti dan produktif melalui semangat kekitaan dan permuafakatan.
  5. Mempertingkatkan kerjasama dan persefahamana antara masyarakat sekolah dengan masyarakat tempatan khususnya para ibu bapa demi kepentingan pendidikan keseluruhan.
  6. Mempertingkat iklim sekolah yang bersih, indah dan harmoni ke arah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
  7. Membina tenaga kerja yang bertanggungjawab, berdisiplin, beretika dan prihatin ke arah mencapai matlamat wawasan pendidikan negara.


Pentadbiran



PENGETUA


EN. ALI BIN AWANG KECHIK



PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


TN HJ WAHID ZUKNI BIN DALI

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


TN HJ SAHIDAN BIN ROMLI

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 


PN. SUHAIZAN BINTI SHAMSUDDIN

PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS 


PN FAUZIAH BINTI MAT NOOR

CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN









Sejarah

• Ditubuhkan pada awal sesi persekolahan 1989/1990, menumpang di SMK Tunku Anum        Tunku Abdul Rahman.
• Nama asal ialah Sekolah Menengah Bandar Darulaman. 
• Pada tahun 1990, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Tanjung Pauh.
• Projek pembinaan bangunan sekolah bermula pada Disember 1992 dan siap pada tahun      1994.
• Sesi persekolahan di bangunan baru bermula pada sesi 1994/1995.


Lokasi